MACAM-MACAM is your one source to info and story

Thursday, October 23, 2014

"Trend" kata LUCAH "ALE UTO" di Media Sosial, Anak Muda Bermasalah JIWA



KUALA LUMPUR: Benarkah individu yang gemar menutur frasa yang dianggap lucah merupakan golongan yang kurang kasih sayang?

Apakah ini 'trend' golongan remaja dewasa ini?

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.

"Sudah jadi 'trend' sekarang. Dari segi isunya ia memang masalah individu yang mahu perhatian.

"Dia buat, dia rasa seronok, bila dia sudah seronok, dia sanggup buat apa sahaja untuk tunjukkan kepada masyarakat tentang perangainya itu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Dr Abdul Jalil mengulas 'trend remaja yang suka mengungkap perkatan berunsur lucah 'ale uto' (yang merupakan singkatan kepada perkataan yang membawa maksud lucah) di dalam perbualan seharian mereka.

Ia menjadi 'viral' di media sosial dan turut dirakam oleh seorang remaja dari Pantai Timur dalam sebuahvideo pendek yang telah dimuat naik di laman YouTube.


Baca sini maksud "ale uto, lanjiao dan nokharom"




Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.