MACAM-MACAM is your one source to info and story

Thursday, October 23, 2014

luqman dilamar peminat - Maaf Jika Aku Tak Sempurna



Pelakon drama bersiri "Maaf Jika Aku Tak Sempurna",Fahrin Ahmad namanya kini kembali menjadi sebutan sehinggakan ada peminat yang mengajaknya berkahwin.

"Sejak drama itu, ramai yang nak ajak saya kahwin. Sampaikan ada hashtag #nakkahwindenganfahrin di laman-laman sosial seperti Twitter dan Instagram. Tapi saya katakan pada mereka, yang mereka nak kahwin itu bukan dengan saya, tapi dengan Luqman," katanya daripada laporan Malaysian Digest.
Katanya,sebagai seorang pelakon, dia perlu bersikap tenang dan menolak lamaran para peminat dengan cara baik.

"Hal macam ini, kita sebagai pelakon jangan terbawa-bawa sangat. Bagi saya, bila berdepan dengan situasi macam ini (peminat ajak kahwin), saya bersikap tenang dan hanya tersenyum sahaja dek gelagat sebilangan peminat.
"Kalau diluar, ada juga peminat dikalangan makcik-makcik yang nak kenalkan saya pada anak mereka. Tapi saya senyum sajalah. Saya katakan, kalau nak kenalkan, saya tiada masalah," katanya.

Mengakui masih belum menemui teman istimewa, Fahrin akui dia sudah seperti putus asa untuk bercinta tetapi tetap masih berdoa agar dipertemukan jodoh secepat yang mungkin.
Fahrin berharap agar bakal isterinya itu nanti bukanlah seorang daripada industri hiburan

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.