MACAM-MACAM is your one source to info and story

Thursday, October 23, 2014

Zain BOTAK!!!



Macho tu suami Che Ta kali ini, mana tidaknya jika beberapa minggu lepas rambut Zain menjadi isu di laman sosial. Kali ini pasal rambut juga, tapi ini lain daripada yang lain tu.
Rasanya sepanjang Zain bergelar anak seni, belum pernah kami tengok suami kepada Che Ta ni berkepala botak. Kalau menukar warna dan gaya memang rambut memang bukan perkara baru lagi.
Tapi, tak sangka sekeping foto yang dimuat naik oleh Che Ta di laman Instagramnya malam semalam membuatkan kami terkesima. Iyalah, daripada biasa tengok Zain elok berambut, tiba-tiba sahaja muncul dengan imej terbaru.
Kapsyen yang disertakan Che Ta iaitu ‘So good looking daddy to be’ secara tak langsung membuatkan ramai peminat menganggap imej terbaru suaminya itu berkait rapat dengan kelahiran anak sulung mereka yang bakal melihat dunia tak lama lagi.
Screen Shot 2014 10 24 at 00.10.11 MACHO! Zain Saidin Cukur Kepala Botak Sebelum Jadi Daddy

Che Ta dijangka bersalin bila-bila masa sahaja. Kami excited!
Dalam masa yang sama, tindakan Zain membotakkan kepalanya sekaligus menghapuskan kontroversi rambut blonde yang pernah diterimanya beberapa bulan lalu kerana menjalani penggambaran Oh, My English! So, bila rancangan OME! dah habis, maka hilanglah jua rambut perang Zain.
Walaupun Zain nampak garang dan agak berbeza, tapi ramai juga yang puji dengan mengatakan imej sebegini lebih sesuai dengan status bapa yang bakal digalasnya nanti. Nampak lebih maskulin gitu.
Fotor0102400453 MACHO! Zain Saidin Cukur Kepala Botak Sebelum Jadi Daddy
Huhu, mesti tak sabar Zain nak menimang anak sulung hasil perkahwinan beliau dengan Che Ta. Umum mengetahui yang Zain mempunyai dua anak tiri.

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.