Tiba dua hari awal dari tarikh konsert beliau pastinya memberikan masa yang cukup buat penyanyi antarabangsa, Mariah Carey untuk aktiviti membeli belah di Kuala Lumpur sebelum membuat persembahan menghiburkan peminatnya di Malaysia malam ini.
Menurut laporan Kosmo!, Mariah Carey dikatakan telah menghabiskan sebanyak RM65,000 ketika beliau berbelanja di beberapa buah butik berjenama di pusat membeli-belah popular.
Penyanyi ini juga tidak keberatan untuk mengambil gambar bersama para peminat yang berada di sekitar pusat membeli belah itu dan berkongsikan detik di laman sosial
termasuk sebuah video yang menunjukkan Mariah Carey mesra melayan peminatnya.
0 comments:
Post a Comment