MACAM-MACAM is your one source to info and story

Friday, October 24, 2014

Farid Kamil: Diana Danielle Bertudung Untuk Watak, Belum Sepenuhnya

Peminat hiburan Malaysia memang sentiasa menyambut baik penghijrahan selebriti tempatan dan tidak hairanlah jika beberapa gambar bertudung Diana Danielle baru baru ini menjadi perhatian ramai mengatakan yang beliau sudah bertudung penuh.
Bercakap kepada GUA, suaminya Farid Kamil menjelaskan yang isterinya itu mengenakan tudung untuk memenuhi tuntutan watak dalam sebuah drama berjudul Perempuan Lindungan Kaabah selain sebuah lagi telefilem lain.
“Dia memakai tudung adalah bagi memenuhi tuntutan wataknya ketika berlakon dalam drama Perempuan Lindungan Kaabah. Malah, baru-baru ini juga pun ada satu telefilem yang memerlukan dia memakai tudung. Namun buat masa ini, dia belum lagi bertudung sepenuhnya,” jelasnya.
Farid Kamil juga menjawab persoalan sama ada Diana Danielle masih lagi cemburu dengan Nora Danish apabila mereka muncul sekali lagi bergandingan dalam filem Anak Jantan selepas insiden yang berlaku beberapa bulan lepas.
“Tidak, dia sudah profesional sekarang. Dia faham, malah dia sendiri tidak sabar nak menunggu malam gala filem ini nanti untuk menonton bersama-sama filem "Anak Jantan"
bersama saya,” ujar Farid Kamil mengakhiri perbualan

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.