MACAM-MACAM is your one source to info and story

Tuesday, October 28, 2014

TAHNIAH! Lara Alana Sudah Miliki BMW


Lara%2BAlana%2BSudah%2BMiliki%2BBMW 1 TAHNIAH! Lara Alana Sudah Miliki BMW
Baru-baru ini berlangsungnya Majlis Akiqah, Cukur Jambul & Kesyukuran Lara Alana, anak perempuan kepada pasangan romantik Awal Asari dan Scha Al Yahya.
“Buat masa ini, barang termahal yang dimiliki oleh Lara adalah kereta BMW yang dihadiahkan oleh kenalan. Namun, ia bukanlah kereta BMW sebenar, sebaliknya kereta BMW mainan yang direka khas untuk kanak-kanak.
Kami tidaklah begitu memanjakan anak, sebaliknya Lara dimanjakan oleh orang sekeliling yang memberikannya hadiah. Saya pernah merasai hidup susah ketika kecil dan mahu Lara untuk menjalani hidup yang seimbang yang mana tahu erti kesusahkan serta kesenangan,” ujar Awal
Tambah Awal lagi, akaun Instagram Lara kini sudah mempunyai pengikut mencecah puluhan ribu orang. Jelas pengacara Melodi ini, dia membuka akaun tersebut bagi pihak anaknya adalah untuk berkongsi setiap saat istimewa dalam hidup anak sulungnya.

Lara%2BAlana%2BSudah%2BMiliki%2BBMW 2 TAHNIAH! Lara Alana Sudah Miliki BMW
“Sebenarnya akaun ini sudah dibuat oleh saya ketika Scha masih sarat lagi namun ianya ‘private’ pada ketika itu. Niat saya adalah untuk menjadikan akaun tersebut seperti jurnal yang mana Lara berpeluang untuk melihatnya apabila besar nanti.
Bertuah nama si comel ‘Lara Alana’, kecik-kecik dah popular cam ayah dan ibunya. Semoga membesar menjadi anak yang solehah. Layan.

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.