MACAM-MACAM is your one source to info and story

Saturday, October 25, 2014

Siapa Bapa Kepada Anak Muhdalena?


KUALA LUMPUR: Siapa bapa kepada anak Muhdalena Ahmad, wanita amuk yang melarikan diri daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis masih menjadi tanda tanya ramai.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub memaklumkan kepada akhbar Malay Mail bahawa maklumat siapa bapa bayi tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

“Kita tidak dapat membuat apa-apa pengesahan setakat ini kerana keadaan mental Muhdalena,” katanya kepada Malay Mail.

Kata Dr Mohd Khairi lagi, bayi lelaki Muhdalena telah diberi rawatan di HSA sebelum ditempatkan di pusat kebajikan.




Muhdalena, 30, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas dimasukkan ke HSA pada Ahad lalu kerana bersalin, namun didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.

Dia kemudiannya telah ditemui semula kurang daripada 24 jam dan ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka pada jam 3.05 pagi Jumaat.

Muhdalena sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi dan menjalani rawatan sakit jiwa sejak Jun sebelum dimasukkan ke HSA.

Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.

Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

Fakta Kes :


OKT Permai melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Nama OKT: Muhdalena Bte Ahmad
IC No : 840627 -01 - 5642 (30th),
Alamat : F-1-07 PPUM Putra, Pinggiran Putra, Sri Kembangan, Selangor.
Kesalahan: 384KK
Tarikh ditahan di Hospital Permai : 19 Jun 2014
Tarikh ditahan di HSA : 19 Okt 2014 kerana sakit bersalin.
Tarikh bersalin: 21 Okt 2014

Pada Jam 0850 pagi 23.10.14 tertuduhbagi alasan hendak pergi ke tandas dan anggota sentri membenarkan tanpa dieskot dan mangsa melarikan diri pada kesempatan tanpa kawalan.

Tangan mangsa tidak bergari.tertuduh memakai baju hospital wad bersalin berwarna pink. Bayi (lelaki) tertuduh masih di berada Wad Anggerik 2, Tingkat 1. Operasi mencari OKT di seluruh kws HSA dan sekitar Teksi Stand dan Bus Stand sedang diusahakan

Hubungi pihak berwajid jika ada sebarang maklumat mengenai wanita ini bagi membantu pihak berkuasa.

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.