MACAM-MACAM is your one source to info and story

Friday, October 24, 2014

seorang lelaki terbakar hampir 80% anggota badannya

Akibat dari tindakan cuba memasuki bilik pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB), seorang lelaki terbakar hampir 80% anggota badannya.

Menurut anggota penyelamat, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15petang di bilik pencawang TNB di bangunan Lee Rubber, Jalan Tun Razak dan ketika mereka sampai ditempat kejadian kebakaran di tubuh mangsa sudahpun dipadamkan.

"Mangsa yang terbakar 80 peratus pada bahagian badan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Melaka oleh unit EMRS untuk rawatan," katanya.
Sementara itu, pihak TNB telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan menganggarkan kerugian RM200,000 kerana terpaksa menukar alat suis dan peralatan yang rosak.


Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.