MACAM-MACAM is your one source to info and story

Friday, October 24, 2014

SEKADAR BERKONGSI


Saya faham ada antara blog yang ingin menjadi carian utama especially bila melibatkan isu-isu semasa dengan menggunakan SEO dan search engine [walaupun saya tak berapa expert bagaimana ia berfungsi]. Tapi apa yang menyedihkan ialah kadang-kala cara yang digunakan adalah salah. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Saya bagi satu contohlah yang agak ketara kebelakangan ini :-

Kes gambar dan video yang melibatkan orang terkenal.

Kita kata itu fitnah. Kita kata itu tidak betul. Tapi kenapa mesti nak disebarkan gambar itu dalam blog kita? Kenapa mesti letakkan video itu dalam blog kita? Kenapa mesti beri pautan (link) dalam blog kita? Setiap yang kita tulis dan sebarkan itu, Allah nampak. Allah catit semuanya. 


Saya suka membaca entri yang ditulis oleh Budak. Penuh bermakna apatah lagi pada saat-saat genting sebegini. Menganiayai orang itu dah satu hal, menganiayai ulamak? Astagfirullahaladzim.. Semoga Allah memberi perlindungan kepada kamu. Jangan lupa, fitnah yang berleluasa juga disebut-sebut antara salah satu petanda datangnya hari kiamat.

Sama-samalah kita menutup aib orang lain supaya satu hari nanti aib kita pula tak dibuka. Janganlah kita menjadi antara penyumbang tersebarnya fitnah tak kiralah perkara tersebut betul atau tidak. Sedihnya perkara ini boleh berlaku dalam kalangan majoriti rakyat Malaysia adalah Islam, sepatutnya arif tentang hukum-hukum sebegini.

Entri ni straight forward sebab dah tak mampu nak cakap apa.. Speechless dengan sikap sesetengah blogger. Kalau nak tegur satu-satu entri memang tak tertegurlah sebab banyak. Siapa yang dapat membaca ini, jadikanlah sebagai peringatan. Sekurang-kurangnya kita saling ingat-mengingatkan.


Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.