MACAM-MACAM is your one source to info and story

Sunday, October 26, 2014

Sekadar Berkongsi Pengalaman (KUTU)

Pengalaman ngeri kutu kepala ini berlaku semasa kami tinggal di UK sekitar tahun 2003-2008. Tetapi the scariest nightmare bermula pada tahun 2004. Sepanjang kami di sana, kami dikurniakan dengan 5 orang cahayamata - 4 perempuan dan 1 lelaki. The last 3 lahir kat UK. 

Salah seorang anak perempuan kami dijangkiti kutu kepala & tanpa kami sedari, anak-anak yang lain turut dijangkiti kutu dalam masa yang amat pantas, termasuklah anak lelaki kami. Anak lelaki waktu tu baru berumur 3 tahun dah kena kutu. Adik dia pun kena jugak sewaktu berumur 2 tahun.

Sewaktu kami di UK, kami telah cuba beberapa shampoo dan sikat kutu, tapi semuanya tak jalan. Walaupun dah buang kutu dan telur, masalah kutu ini masih tetap ada. Kebal betul kutu kepala ni...

Setiap kali, adik-beradik kami datang visit kami di UK, pasti kami suruh mereka belikan shampoo dan sikat kutu daripada Malaysia sebab kami rasa treatment daripada Malaysia ni lebih baik lagi. Siap, sister-in-law pergi ke klinik kerajaan Seksyen 7 Shah Alam, pagi-pagi untuk ambil shampoo kutu kepala. Seorang lagi pergi borong sikat kutu kat kedai india. Berikut adalah di antara sikat dan shampoo yang kami telah guna...


   

Tapi malangnya, usaha kami tidak berhasil. Masalah kutu menjadi lebih parah lagi...sampaikan kami pernah potong pendek rambut anak kami (macam boy) dan suruh anak bertudung (waktu tu kat UK) supaya masalah kutu berkurangan. Pernah satu ketika, di mana anak kami dijauhi oleh beberapa orang rakan mereka disebabkan gejala kutu kepala ini. Susah hati kami dibuatnya...

Apabila kami pulang ke Malaysia (for good) pada 2008, kami mencuba cara tradisional...guna minyak tanah la...ada gak sekali, kami spray Ridset kat kepala anak-anak kami...ini kes desperado sebab cara klinikal tak berkesan, so kami try cara tradisional pulak...tapi masih tak selesai juga masalah kutu kepala... My mum marah sebab buat macam tu kat anak-anak....

Problem kutu tu  memang Mati kutu sungguh kami dibuatnya...

Pada satu hari (2009), my hubby secara joking berkata 'why not cari sikat kutu kat ebay UK?' (sebab dah biasa shopping kat ebay sewaktu kat UK dulu...those yang pernah tinggal kat UK mesti tahu punya...hehe)

Saya pada waktu tu hanya gelak aje sebab mana ada orang nak cari dan beli sikat kutu kat online...saya memang kaki shopping online since 2003 lagi...biasa le, saya suka beli baju dan kasut anak-anak dan portmeirion...tapi, saya tidak bangkang idea suami...manalah tahu kot-kot terjumpa sikat yang bagus...kebetulan brother-in law fly ke London (he's a malaysia airline pilot), so hubby pun beli satu sikat kutu dan suruh seller pos ke hotel brother-in-law kat London. Hubby kata sikat tu dapat feedback yang bagus kat UK...so, saya pun curious gak...apa yang best sangat pasal sikat tu...sebab so far dah cuba pelbagai jenis sikat, tapi satupun tak jalan. Saya, pada waktu tu, lebih prefer method shampoo sebab saya rasa shampoo dapat bunuh kutu dan telur - jauh lebih bagus daripada sikat. Maybe saya tak suka method sikat sebab kena ada effort yang lebih...itu yang saya tak suka.

Apabila kami dapat sikat kutu tu, kami terus gunakan kat kepala anak kami. 

"Ya Allah"...perasaan beban dan tekanan akibat kutu kepala ini, akhirnya berakhir jua. macam tak percaya...kutu kepala dan telur terutama telur yang halus-halus dapat dibuang. Selama ini kami rasa impossible sangat nak nyahkan kutu kepala anak-anak...

"Ya Allah, terasa senangnya nak get rid of kutu dan telurnya."

"Alhamdulillah..." akhirnya kesemua kepala anak kami bebas kutu kepala dan telurnya pada tahun 2009.Bagaimana? Dengan sikat kutu ini dan juga teknik rawatan yang betul, iaitu Rawatan 10 hari.

Sikat kutu yang kami maksudkan di sini ialah sikat kutu Nitty Gritty NitFree . Sikat kutu berjenama NitFree yang dipasarkan di UK bernama 'Nitty Gritty'.

Kami adalah pengguna tegar sikat kutu Nitty Gritty NitFree sehingga kini. Walaupun masalah kutu tidak timbul lagi, sikat ini merupakan alat 'preventive measure' untuk kami sekeluarga.

Sikat kutu yang bagus akan jadi 'useless' jika kita tidak tahu cara menyikat dan tidak tahu cara untuk merawat jangkitan kutu. The key to effective head lice treatment is in the comb! - iaitu sikat dan cara menyikat serta memahami kitar hidup kutu kepala. Jangan terperanjat jika kami highlight bahawa shampoo sebenarnya bukan penyelesaian kepada masalah kutu kepala ini.

Di laman ini, kami berkongsi pengalaman kami sendiri mengenai kutu kepala, menyelesaikan masalah kutu kepala, teknik menyikat yang betul dan kebaikan sikat kutu Nitty Gritty ini.

Kami berharap setiap pembaca akan menimba ilmu daripada pengalaman yang kami kongsikan di sini.



Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.