Jika semalam kami memuat naik beberapa keping gambar teman tapi mesra Jep Sepahtu, kami menerima banyak komen positive mahupun negatif daripada para peminatnya.
Adat selebriti, mesti ramai peminat dan pengikut yang setia, apatah lagi bagi selebriti lelaki bujang yang menjadi pujaan dan impian ramai anak gadis untuk memilikinya.
Setelah memuatnaik gambar Nazeera Sardi yang dianggap ramai sebagai kekasihnya, kini Jep Sepahtu menerima pelbagai komen, kritikan dan sindiran dari para peminatnya.
Ada peminat menganggap pilihan Jep Sepahtu yang tidak bertudung seperti cakap tak serupa bikin, kerana sebelum ini Jep Sepahtu pernah menyatakan mahu mencari pasangan yang bertudung menerusi satu program tv.
Namun begitu, bukan semua yang mengkritik, ada juga peminat menganggap Jep dan Nazeera bagaikan pinang dibelah dua dan ada juga yang mahukan supaya Jep Sepahtu mampu membimbing Nazeera Sardi kejalan yang lebih baik.
Antara komen yang sempat kami paparkan, fuh boleh tahan juga peminat Jep Sepahtu nikan. Dengki ke?huhu siapa pun pilihannya kita sebagai peminat perlu menghormatinya. Tak gitu.
0 comments:
Post a Comment