MACAM-MACAM is your one source to info and story

Wednesday, October 22, 2014

Maharaja Lawak Mega 2014 Lebih Mantap

Maharaja Lawak Mega 2014 Lebih Mantap, Lebih Hebat!

Bermula 14 November ini, Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134) kembali menggeletek seisi rumah dengan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, “ Astro sentiasa berusaha untuk menyusun strategi terbaik bagi memastikan program yang ditawarkan menepati citarasa setiap penonton.

“Sebagai satu-satunya saluran komendi di Malaysia, Astro Warna sentiasa berusaha meneroka potensi di setiap ruang yang ada bagi memastikan setiap kandungan yang dibawakan benar-benar mempunyai pengisian yang padat dan berkualiti,” katanya.

Dia yang ditemui pada Majlis Sidang Media MLM 2014 di Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa turut berbesar hati apabila Maharaja Lawak 2013 sekali lagi diangkat sebagai Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bersiri) dua kali berturut-turut di pada Anugerah Lawak Warna 2014 baru-baru ini.

MLM 2014 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit daripada 10 barisan pelawak yang terdiri daripada kumpulan Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil Comey, Jalor, Sayot, Kepoh dan SYJ.

Bagaimanapun 16 buah kumpulan lagi perlu melalui ujian di kerusi panas sebelum layak menyertai 10 buah kumpulan dalam persaingan MLM 2014.

Hanya empat peserta akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan 14 peserta MLM 2014. Ujian Kerusi Panas akan disiarkan pada Jumaat, 31 Oktober & 7 November, jam 10 malam.

Juara MLM 2014 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Perkembangan terkini MLM2014 menerusi laman sosial Facebook (FB) dan Twitter (@maharajalawakmega) serta akaun FB dan Instagram @AstroGempak  atau layari laman web rasmi www.maharajalawakmega.com.my.

Barisan empat juri tetap untuk musim ini akan diumumkan pada hari Jumaat, 14 Oktober 2014, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dan Astro on-the-go.

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.