MACAM-MACAM is your one source to info and story

Saturday, October 25, 2014

Hanging Temple, Kuil Tergantung Di China


Adakah anda penggemar pelancongan ekstrem? Mungkin kuil di China ini boleh menjadi salah satu destinasi yang menarik. 

Kuil yang terletak di kaki gunung Heng, Shanxi, China ini memang berbeza dari kuil pada umumnya.

Jika kuil umumnya dibina di tempat yang relative rata, strategik dan mudah dilihat serta dikunjungi semua orang, berbeza dengan kuil satu ini. 

Kuil unik ini dibina tergantung di sisi sebuah tebing curam. Hal ini lah yang kemudian membuat masyarakat menyebut kuil tersebut, sebagai Hanging Temple


Tempat suci bagi penganut agama Buddha ini berdiri di atas tebing setinggi 75 meter. Kerana letaknya yang ekstrem, kuil ini menjadi salah satu tempat pelancongan kegemaran masyarakat tempatan mahupun luar negara. 

Ini lantaran untuk mencapai kuil ini, anda perlu menaiki jambatan yang cukup banyak. Selain itu, letaknya yang berada disisi tebing membuat sensasi tersendiri saat berkunjung ke tempat ini. baca juga 






Terdapat lebih 40 buah kuil yang tergantung bebas di tebing curam ini.

Kuil ini dibina melekat pada tebing dengan beberapa kayu penahan yang kelihatan memanjang ke bawah.

Sejumlah kenikmatan akan anda rasakan mulai dari patung-patung bersejarah, peti-peti kuno, aneka diperbuat dari tanah liat, ukiran batu dari zaman dinasti yang berbeza-beza hingga pemandangan indah dari balik tebing. 

Menurut 7 Wonders, pada awalnya kuil ini dibina di tebing untuk mengelakkan banjir hebat yang kerap melanda daerah Shanxi

Selain itu, kuil ini juga boleh menjadi tempat perlindungan dari hujan, cahaya matahari dan salji. Dibina sejak 1,500 tahun yang lalu, kini kuil ini menjadi tempat berdoa sekaligus tempat pelancongan bagi semua orang. 


Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.