MACAM-MACAM is your one source to info and story

Tuesday, October 28, 2014

Hanez Suraya Ditendang?

Baru-baru ni kami perasan juga yang Hanez Suraya ada memuatnaik beberapa keping foto dirinya yang sudah memulakan penggambaran telefilem berjudul ‘Cikgu Timah Sekolah Bandar’.


Hanez Suraya Ditendang, info, terkini, sensasi, hiburan, gosip, hanez suraya, kontroversi,

Foto yang dimuat naik itu jelas menunjukkan bahawa wajah Hanez gembira kerana sudah dapat kembali berlakon setelah berbulan-bulan digam pihak produksi kerana isu bercinta dengan suami orang.


Hanez Suraya Ditendang, info, terkini, sensasi, hiburan, gosip, hanez suraya, kontroversi,

Namun, kami agak terkejut apabila mendapat tahu rupa-rupanya Hanez telah ditendang daripada telefilem tersebut dan wataknya juga telah digantikan dengan pelakon lain. Eh. Kenapa pula?

    "Sebenarnya saya dah mula berlakon untuk telefilem itu. Tapi saya sempat ikut satu hari sahaja. Malam pada hari pertama penggambaran itu saya dimaklumkan bahawa watak saya digantikan dengan orang lain."

    "Mereka ada jelaskan sebabnya kenapa saya terpaksa ditukar dengan orang lain. Cuma tak perlulah saya panjangkan isu ini. Saya anggap ia bukan rezeki saya."

Rasa kasihan pula dengan nasib yang menimpa pelakon ni. Kami pun tak tahu sampai bila Hanez akan di’blacklist‘ daripada bidang lakonan. Bila kami jengah laman Instagramnya, Hanez telahpun memadamkan foto-foto tersebut.


Hanez Suraya Ditendang, info, terkini, sensasi, hiburan, gosip, hanez suraya, kontroversi,

Dalam pada itu, kami ada menerima screenshot perbualan Hanez dengan pengarah drama ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ yeng menyarankan agar Hanez berlakon di Indonesia.

Hanez Suraya Ditendang, info, terkini, sensasi, hiburan, gosip, hanez suraya, kontroversi,

Namun, kami percaya pihak produksi juga ada sebab yang kukuh untuk bertindak sedemikian. Mungkin mereka takut produk yang dihasilkan tidak mahu ditonton apabila Hanez berlakon kot?

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.