MACAM-MACAM is your one source to info and story

Sunday, October 26, 2014

Gambar Anzalna Nasir Tanpa Mekap Sangat Cun Melecun

Anzalna Nasir
Gambar Anzalna Nasir Tanpa Mekap Sangat Cun | Pelakon terkenal, Anzalna Nasir mengakui kulitnya agak sensitif dan sangat mudah ditumbuhi jerawat. Oleh itu, dia perlu kerap menjaga kulit wajahnya dengan mendisiplinkan diri dengan rutin hariannya.
“Saya bukanlah seorang yang terlalu cerewet dalam menjaga kecantikan tetapi apabila terlalu kerap mengenakan mekap untuk lakonan dan menghadiri majlis tertentu, saya perlu lebih menjaga kulit agar sentiasa bersih.
“Saya juga disarankan untuk mengguna ubat dan tidak menggunakan produk secara sembarangan. Saya turut mengamalkan petua tradisional seperti menyapu putih telur di muka.
Setiap kali membasuh muka, saya sering berselawat agar dikekalkan keserian wajah,” katanya lagi.
Anzalna Nasir Tanpa Mekap
Bercerita pula mengenai makanan, dia tidak mengamalkan diet sebaliknya makan secara sederhana dan mengelakkan daripada menikmati makanan laut kerana alergik.
“Waktu itu, saya sekeluarga mengikut bapa yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di sana. Makanan semuanya sedap-sedap belaka dan selera makan saya di sana tidak dapat dikawal kerana faktor cuaca dan pengaruh sekeliling.
“Tetapi sekarang saya berjaya menurunkan berat badan kepada 43 kg,” ujarnya.

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.