MACAM-MACAM is your one source to info and story

Thursday, October 23, 2014

Emma Maembong Tolak Zizan Sebagai Suami?

Emma Maembong belum bersedia bergelar isteri

Antara Sebab Emma Maembong belum bersedia bergelar isteri

Aktres jelita Emma Maembong mengakui belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya Zizan Razak. Menurut Emma, dia tidak mahu terburu-buru mahu berkahwin kerana semuanya bergantung pada jodoh dan takdir.
"Secara jujurnya, buat masa ini saya dan Zizan belum pernah berbincang lebih serius mengenai perkahwinan begitu juga dengan keluarga kami.
"Saya tidak boleh komen lebih-lebih sebab semuanya bergantung pada takdir. Saya faham perkara yang baik tidak perlu dilengah-lengahkan dan saya juga bersyukur kerana ramai yang mendoakan kebahagiaan kami.Jika sudah tiba masanya, saya memang bersedia dan kami umumkannya,"
jelasnya kepada Sinar Harian. Dalam perkembagan lain, Emma bakal muncul dengan telefilem "Sopiah Jin" yang kini dalam proses penggambaran.

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.