MACAM-MACAM is your one source to info and story

Tuesday, October 28, 2014

Dua Kapal Kontena Terbakar di Pelabuhan Barat Klang Selangor

Alan Hassan 419974620141028214502 field image slider.var 1414505718 300x144 Dua Kapal Kontena Terbakar di Pelabuhan Barat Klang Selangor
Dua Kapal Kontena Terbakar di Pelabuhan Barat Klang Selangor
Dua kapal kontena yang telah pun berlabuh di Pelabuhan BaratPelabuhan Klang telah mengalami kebakaran lebih kurang pukul 7.30 malam tadi.
Jabatan Bomba telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.38 malam dan telah bertindak pantas dengan tiba di tempat kejadian pada pukul 8.17 malam. Pihak Bomba telah menarik salah satu kapal di situ ke tengah laut dengan anggaran satu kilometer supaya dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak di dermaga.
Satu lagi kapal masih lagi dikekalkan di Dermaga 20. Kerja-kerja memadamkan kebakaran masih lagi dijalankan dan diberitakan bahawa tiada kemalangan jiwa.
Usaha untuk memadamkan kebakaran masih lagi dijalankan sekitar pukul 10 malam dan maklumat lanjut berkenaan kedua-dua kapal bakal diketahui tidak lama lagi.

Share Your Thoughts!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014™ is a registered trademark.